FOUNDER DERMAGS

Siapakah pengasas Dermags?

DR. MARIANI BT. ABD HAMID


Dr Mariani bt Abd Hamid merupakan seorang graduan yang lahir dari budaya penyuburan intelek Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau telah lulus dari UTM dengan dua (2) ijazah.


Dalam tahun 2000, beliau Berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Kimia dan diikuti dengan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan BioProses pada tahun 2007.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Universiti of Dongguk, Seoul Korea pada tahun 2009 dalam Kejuruteraan BioKimia dengan pengkhususan dalam –pemutihan kulit, anti penuaan, penyembuhan kecederaan, pembaikan kulit, preklinik dan pengajian klinikal (majoring in skin-lightening, anti-aging, wound healing, skin repair, preclinical & clinical study) dimana beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah.

Kini beliau adalah merupakan Ketua Unit Kosmeseutikal dan Wangian di Institut Pembangunan BioProduk di Universiti Teknologi Malaysia semenjak 2012. Beliau juga adalah pengasas kepada produk kosmetik Dermags Skin Solutions.

Produk ini telah memenangi beberapa anugerah tempatan dan antarabangsa untuk kajian dan pembangunan Produk Kosmetik Semulajadi.

Dengan keberkesanan dan kualiti premium produk Dermags, ia di jangka akan menembusi pasaran antarabangsa menjelang awal 2017 ke Singapura, Brunei, Indonesia dan beberapa Negara Timur Tengah dan Asia Tenggara yang terpilih.

Comments

Popular posts from this blog

BETUL KE DERMAGS LULUS KKM?

DERMAGS MENANG LAGI!